EXZOZ.COM
BANNER 728X90

Wednesday, 4 April 2018

RM100,000 DARI PROTON MENANTI ANDA!

April 04, 2018
RM100,000 DARI PROTON MENANTI ANDA!
Hari ini, syarikat pembuat kereta nasional, Proton telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan satu pertandingan, di mana Proton menjemput orang awam khususnya rakyat Malaysia untuk sama-sama mengundi nama untuk SUV pertama keluaran Proton yang telah diumumkan sebelum ini.

Proton juga mengumumkan yang undian tersebut akan dijalankan secara atas talian (online poll), dan baucer hadiah yang berjumlah RM100,000 akan diagihkan kepada peserta undian sebagai tanda penghargaan. Manakala lima pemenang bagi undian tersebut pula akan dipilih berdasarkan sebab terbaik yang mereka berikan mengikut pilihan nama tersebut.

Pakej hadiah tersebut termasuklah pakej ekslusif jemputan VIP ke majlis pelancaran SUV tersebut, dan menjadi antara orang yang terawal dapat mencuba pandu uji dan merasai sendiri pengalaman memandu dengan teknologi terkini dan lain-lain lagi ciri menarik yang terdapat pada SUV tersebut, yang akan dibuat di trek pandu uji Proton di Shah Alam.

Undian secara atas talian ini akan berjalan selama sebulan di laman sosial rasmi Facebook Proton, dan ianya terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa sebarang syarat pembelian. Menarik kan? 

Selain dari itu, terdapat juga pilihan untuk mencadangkan nama alternatif bagi SUV tersebut. Sekiranya nama tersebut berjaya dipilih, pemenang bertuah akan dihadiahkan dengan pakej pelancongan 4H/3M ke Hangzhou dan Shanghai untuk lawatan ke ibu pejabat Geely, syarikat automotif China yang bersama-sama Proton dalam membangunkan SUV ini.

Undian ini akan tamat pada 30 April 2018 jam 11.59 malam, dan pemenang akan diumumkan pada waktu yang berdekatan dengan majlis pelancaran SUV ini. Jangan lupa sertai undian ini ya!
Read More

Friday, 30 March 2018

TAKNAK SESAT LAGI? PEMANDU MALAYSIA WAJIB TAHU NI!!

March 30, 2018
TAKNAK SESAT LAGI? PEMANDU MALAYSIA WAJIB TAHU NI!!

Jalan raya di Malaysia ini dipenuhi dengan pelbagai papan tanda dengan pelbagai symbol yang berbeza. Namun, adakah anda tahu apa maksud dan perbezaan papan tanda dan simbol-simbol tersebut ? Jom kami berikan sedikit info tentang papan tanda di Malaysia ni.



Warna papan tanda yang berbeza
Warna papan tanda yang berbeza ini mewakili jenis jalan raya yang berbeza
  •  Biru : menunjukkan lebuhraya persekutuan yang tidak bertol
  • Hijau : menunjukkan lebuhraya Express yang bertol





Jenis jalan raya mengikut huruf dan nombor
  • Huruf E di depan mewakili lebuhraya tol express, sebagai contoh E2 dan E11.
  • Angka di depan menunjukkan lebuhraya perekutuan seperti 51 dan 302.
  • Gabungan huruf (selain E) dan angka pula mewakili jalan negeri seperti N70.



Warna huruf
  • Huruf yang berwarna kuning menunjukkan nama jalan, sebagai contoh Lebuhraya Persekutuan.
  • Warna huruf putih pula menunjukkan nama kawasan seperti Shah Alam dan Alor Setar.



Susunan papan tanda
Papan tanda yang menunjukkan kawasan berlainan, yang disusun secara menegak mewakili anggaran jarak destinasi yang ditunjukkan. Destinasi yang paling atas adalah yang paling jauh, manakala destinasi yang paling bawah adalah yang paling dekat.


Warna papan tanda dengan huruf yang sama
  • Huruf yang berwarna putih dengan latar belakang papan tanda berwarna maroon, atau huruf yang berwarna hijau dengan latar belakang berwarna putih, menunjukkan tempat tumpuan pelancong.
  • Huruf yang berwarna oren dengan latar belakang hijau menunjukkan institusi kerajaan, sebagai contoh hospital, mahkamah dan lain-lain.
  • Huruf yang berwarna hitam dengan latar belakang putih mewakili bandar atau kawasan.

Menarik bukan? Jangan asyik harapkan Waze je. Kah!


Sumber : Sinar.my








Read More

Friday, 23 March 2018

KINI, SERVIS KERETA CUMA DI HUJUNG JARI SAJA !!

March 23, 2018
KINI, SERVIS KERETA CUMA DI HUJUNG JARI SAJA !!


Kerosakan kereta adalah salah satu perkara yang pastinya tidak diingini oleh setiap pemilik kereta. Tak kiralah sama ada kerosakan tersebut melibatkan bahagian enjin ataupun lain-lain bahagian kereta. Kebiasaannya, kos untuk membaik pulih kereta paling kurang menelan belanja ratusan ringgit, bahkan boleh mencecah ke ribuan ringgit bergantung atas tahap kerosakan kereta tersebut. Masalah ini pastinya memeningkan kepala pemilik kereta, lagi-lagi kalau belum musim gaji.




Jadi, di sini penulis ingin menceritakan sejenis aplikasi yang mampu membantu pemilik-pemilik kereta dalam memilih bengkel kereta dengan harga yang berpatutan, iaitu CarBengkel. CarBengkel merupakan satu inisiatif dari Institut Automotif Malaysia (MAI) dalam menyediakan satu platform yang dapat membantu pemilik-pemilik kereta dalam memilih bengkel untuk kereta kesayangan, dan mewujudkan persaingan yang sihat bagi pemilik-pemilik bengkel kereta dari segi caj servis dan alat ganti, dan servis yang pantas dan mesra pelanggan.


Aplikasi CarBengkel ini membolehkan pemilik kereta baru dan terpakai untuk melihat,membuat perbandingan caj upah servis dan selenggara, sekaligus membuat tempahan khidmat servis kereta, dan melihat jadual untuk waktu servis dan  memberi peringatan untuk penyelenggaraan yang seterusnya bagi mengekalkan waranti dari pengeluar kereta tersebut.

Selain itu, CarBengkel juga menyediakan perkhidmatan pembaharuan insurans dan cukai jalan bagi pemilik kereta. Ini dapat menjimatkan masa pemilik-pemilik kereta tanpa perlu beratur mengikut giliran di kaunter JPJ atau pejabat pos lagi. CarBengkel juga menyediakan banyak lagi perkhidmatan yang bakal memudahkan kerja dan meringankan beban pemilik-pemilik kereta ini. Anda boleh melayari laman web rasmi mereka di carbengkel.com untuk maklumat yang lebih lanjut tentang aplikasi ini. Mudahkan kerja anda, jimatkan masa anda, dijamin lebih bahagia. Kah.


Read More

Wednesday, 21 March 2018

"LEGENDA YANG DILUPAKAN"...SIAPAKAH BELIAU?

March 21, 2018
"LEGENDA YANG DILUPAKAN"...SIAPAKAH BELIAU?

Bagi peminat sukan perlumbaan Formula One (F1) di zaman 90-an, pasti ramai yang biasa mendengar nama berikut.58 tahun lepas pada hari ini, lahirnya seorang legenda dalam sejarah sukan lumba F1. Ayrton Senna, lahir pada 21 Mac 1960 di Brazil, dianggap salah seorang pelumba yang terbaik dalam sejarah sukan lumba F1.


Senna telah berjaya memenangi tiga gelaran kejohanan dunia Formula One bersama McLaren pada tahun 1988, 1990 dan 1991. Beliau dianggap salah seorang pemandu yang terhebat di zamannya dan digelar ‘Rain Master’ kerana kecekapan skilnya memandu dalam cuaca hujan dan dengan keadaan litar yang basah dan licin seperti yang ditunjukkan dalam perlumbaannya di Canadia GP 1989 dan yang paling diingati di Monaco GP 1984. 


Secara ringkas, beliau memulakan kareer lumbanya dengan sukan go-kart, dan membuat debut dalam sukan Formula One bersama pasukan Toleman-Hart pada 1984, sebelum menyertai pasukan Lotus-Renault pada tahun berikutnya dan berjaya memenangi enam Grand Prix dalam tiga musim. Setelah itu, Senna menyertai pasukan McLaren-Honda pada tahun 1988, dan bertanding bersama-sama rakan sepasukannya Alain Prost. Mereka berdua berjaya memenangi 15 gelaran Grand Prix pada tahun tersebut, dan memberikan Senna takhta Kejohanan Dunia pertamanya pada tahun tersebut. Pada tahun berikutnya, rakan sepasukannya Alain Prost berjaya merebut Kejohanan Dunia tersebut darinya namun dimenangi kembali oleh Sennna pada tahun 1990 dan 1991. 


Riwayat hidup pelumba Brazil ini tamat pada 1994 ketika beliau berusia cuma 34 tahun, di mana Senna terlibat dalam kemalangan maut pada perlumbaan terakhirnya di San Marino GP. Pada perlumbaan ini, beliau sedang bersaing hebat dengan seorang lagi pelumba masyhur dalam sukan F1, iaitu Michael Schumacher. Namun begitu, perlumbaan bagi dirinya berakhir ketika beliau sedang membelok di selekoh Tamburello dalam pusingan ke-7 dengan kelajuan 307 km/h, kereta yang dipandunya secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit di selekoh tersebut dengan kelajuan kira-kira 233 km/h. Laju tak laju, anda boleh cuba sendiri di Highway PLUS sana, tapi cukuplah dengan kelajuan 180 km/h saja. Setelah siasatan dilakukan, Senna dipercayai mati disebabkan kecederaan teruk di kepala disebabkan tayar depan sebelah kanan dan suspensi keretanya menghentak kepalanya dengan kuat sekali. Pelbagai kontroversi dan andaian yang timbul dalam mencari punca kereta lumbanya hilang kawalan, tapi sehingga sekarang masih tiada pihak yang melaporkan punca sebenar kejadian tersebut.


Akhir kata, penulis bukanlah nak agungkan kisah pelumba bangsa asing blablaba, tapi saja nak kongsi dengan anda semua pasal kisah beliau ni. Eleh, yang korang layan Panama Dance tu takpa plak. Kah.





Read More

Tuesday, 13 March 2018

MODIFIKASI DAN MANUSIA

March 13, 2018
MODIFIKASI DAN MANUSIA
 Pengubahsuaian kereta sudah menjadi satu daripada senarai wajib buat penggemarnya. Pemilik kereta akan melakukan ubahsuai sama ada terhadap enjin,hiasan dalaman ataupun badan luaran kereta. Bahkan, mereka sanggup melaburkan wang yang banyak demi minat dan untuk mendapatkan kepuasan diri sendiri.


Ubahsuai pada enjin dilakukan oleh pemilik kereta yang ingin mendapatkan prestasi enjin yang mantap dan memuaskan. Kebiasaannya ini dilakukan oleh pemilik kereta yang sukakan kelajuan dan kehangatan adrenalin perlumbaan. Kadangkala, pemilik kereta akan mengubah suai enjin asal kereta tersebut seperti menukar 'performance air filter', blok enjin atau badan pendikit yang lebih besar, atau memasang turbo untuk kuasa enjin yang lebih padu. Manakala, ada juga sesetengah pemilik kereta yang akan terus menukarkan enjin asal kereta kepada enjin yang lebih berkuasa tinggi.  Sebagai contoh, pemilik Proton Wira pasti akan menukar enjin asalnya kepada enjin Mitsubishi seperti Mivec, 4G63 dan 4G93 manakala pemilik Honda Civic pula dengan enjin B16, B18 dan K20.





Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak sehingga berpuluh ribu semata-mata untuk mendapatkan prestasi enjin yang mantap demi kepuasan diri sendiri. Namun, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga terseliuh kaki pula, tidak semua pelaburan ini menjadi, bahkan boleh membawa bahaya untuk diri mereka sendiri disebabkan ketahanan chassis kereta tidak sepadan dengan pengubahsuaian enjin yang ekstrem dan lain-lain faktor lagi. Oleh sebab demikian, pengguna yang bijak pasti akan memilih Perodua Myvi.



Begitu juga dengan peminat ubahsuai luaran kereta dengan pelbagai jenis bodykit dan alat ganti kereta yang terdapat di pasaran sama ada yang baru ataupun terpakai (halfcut) mengikut citarasa dan minat masing-masing. Sebagai contoh, Perodua Kancil seringkali diubahsuai dengan bodykit Daihatsu Mira ataupun Proton Saga BLM dengan bodykit Mitsubishi Lancer Evolution X. Bahkan penulis pernah juga terjumpa Perodua Alza yang diubahsuai gril hadapannya menjadi Audi Q7. 



Haa korang jangan pandang rendah dengan kreativiti anak Malaysia kita. Silap haribulan, Proton Juara bisa diubah menjadi Toyota Vellfire suatu masa nanti!


Akhir kata, majulah sukan permotoran negara di peringkat antarabangsa agar Malaysia dikenali di serata dunia.





Read More

Sunday, 11 March 2018

GRAN TURISMO KINI SEMAKIN MEMUKAU!

March 11, 2018
GRAN TURISMO KINI SEMAKIN MEMUKAU!

Buat mereka yang meminati video game lumba kereta, pastinya Gran Turismo menjadi salah satu permainan kegemaran para gamers. Dengan grafik video yang cantik dan pelbagai pilihan kereta idaman, Gran Turismo telah mencipta nama yang gah dan sudah tentu diingati di kalangan para gamers. Kini, mereka muncul dengan ‘update’ terbaru 1.13.

Kali ini, gamers akan mendapat beberapa lagi tambahan varian dan pilihan kereta. Antaranya, model lama dan baru untuk Alpine 110, Dodge Challenger 1970, De Tomaso Pantera 1971, Ford Mustang Mach 1 1971, Toyota Supra 3.0GT Turbo A 1988, Toyota MR-2 GT-S 1997, Audi R8 4.2 FSI R Tronic 2007, Lamborghini Aventador LP700-4 2011, Subaru WRX STI Isle of Man Time Attack 2016, 2017, Subaru Falken Tires/Turn 14 Distribution BRZ 2017, dan model retro Gran Turismo F1500T-A Grand-Prix.









Selain itu, turut disertakan dalam update 1.13 ini adalah empat layout terbaru untuk trek BLUE Moon Bay Speedway, dan tiga acara baru iaitu, Stars & Stripes showdown untuk liga beginner, Vision Gran Turismo Trophy untuk liga amatur, F1500 Championship untuk liga professional, dan banyak lagi update terkini yang disertakan.




Jadi, buat peminat susah mati Gran Turismo ni, apa tunggu lagi? Dapatkan segera update 1.13 ini dengan melayari laman web rasmi Gran Turismo segera!                 

Read More

Thursday, 1 March 2018

GANAS!!! SUV PERTAMA PROTON

March 01, 2018
GANAS!!! SUV PERTAMA PROTON


GANAS!!! SUV PERTAMA PROTON!??


Tahun 2018 ialah tahun perlumbaan bagi kereta-kereta jenama tempatan, kini Proton dengan hasil kerjasama dengan syarikat Geely dari China yang dimana rata-rata peminat kereta tempatan sudah mengetahui bahawa syarikat tersebut telah mengambil alih 51% saham syarikat Proton dan menjadikannya pemegang saham terbesar didalam syarikat tersebut.

Geely Boyue


Geely bersama Proton kini telah dilihat sedang menguji sebuah SUV keluaran terbaru mereka dijalan raya dan dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun 2018. SUV terbaru ini sedang membuat ujian pelepasan termasuk penarafan dari Program Penilaian Kereta Baharu (NCAP) dan SIRIM.

SUV ini diimport terus dari china dan akan diubah suai dengan pemanduan sebelah kanan agar bersesuaian dengan pemanduan di Malaysia.

PRODUKSI PROTON TANJUNG MALIM

Proton turut memaklumkan bahawa kilang Proton di Tanjung Malim, Perak akan menyokong sepenuhnya produksi SUV tersebut. Untuk pengetahuan anda, SUV Boyue keluaran china direka oleh bekas pereka volvo, Peter Horbury.

Untuk pasaran China, Boyue dijana dengan beberapa pilihan enjin termasuk 2.4liter NA berkuasa 162 hp/210 Nm dan  juga versi 1.8 liter turbo berkuasa 163hp/250 Nm. Enjin ini turut didatangkan dengan transmisi 6 kelajuan manual dan automatik

Read More