MODIFIKASI DAN MANUSIA - EXZOZ.COM
BANNER 728X90

Tuesday, 13 March 2018

MODIFIKASI DAN MANUSIA

 Pengubahsuaian kereta sudah menjadi satu daripada senarai wajib buat penggemarnya. Pemilik kereta akan melakukan ubahsuai sama ada terhadap enjin,hiasan dalaman ataupun badan luaran kereta. Bahkan, mereka sanggup melaburkan wang yang banyak demi minat dan untuk mendapatkan kepuasan diri sendiri.


Ubahsuai pada enjin dilakukan oleh pemilik kereta yang ingin mendapatkan prestasi enjin yang mantap dan memuaskan. Kebiasaannya ini dilakukan oleh pemilik kereta yang sukakan kelajuan dan kehangatan adrenalin perlumbaan. Kadangkala, pemilik kereta akan mengubah suai enjin asal kereta tersebut seperti menukar 'performance air filter', blok enjin atau badan pendikit yang lebih besar, atau memasang turbo untuk kuasa enjin yang lebih padu. Manakala, ada juga sesetengah pemilik kereta yang akan terus menukarkan enjin asal kereta kepada enjin yang lebih berkuasa tinggi.  Sebagai contoh, pemilik Proton Wira pasti akan menukar enjin asalnya kepada enjin Mitsubishi seperti Mivec, 4G63 dan 4G93 manakala pemilik Honda Civic pula dengan enjin B16, B18 dan K20.





Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak sehingga berpuluh ribu semata-mata untuk mendapatkan prestasi enjin yang mantap demi kepuasan diri sendiri. Namun, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga terseliuh kaki pula, tidak semua pelaburan ini menjadi, bahkan boleh membawa bahaya untuk diri mereka sendiri disebabkan ketahanan chassis kereta tidak sepadan dengan pengubahsuaian enjin yang ekstrem dan lain-lain faktor lagi. Oleh sebab demikian, pengguna yang bijak pasti akan memilih Perodua Myvi.



Begitu juga dengan peminat ubahsuai luaran kereta dengan pelbagai jenis bodykit dan alat ganti kereta yang terdapat di pasaran sama ada yang baru ataupun terpakai (halfcut) mengikut citarasa dan minat masing-masing. Sebagai contoh, Perodua Kancil seringkali diubahsuai dengan bodykit Daihatsu Mira ataupun Proton Saga BLM dengan bodykit Mitsubishi Lancer Evolution X. Bahkan penulis pernah juga terjumpa Perodua Alza yang diubahsuai gril hadapannya menjadi Audi Q7. 



Haa korang jangan pandang rendah dengan kreativiti anak Malaysia kita. Silap haribulan, Proton Juara bisa diubah menjadi Toyota Vellfire suatu masa nanti!


Akhir kata, majulah sukan permotoran negara di peringkat antarabangsa agar Malaysia dikenali di serata dunia.





No comments:

Post a Comment