KINI, SERVIS KERETA CUMA DI HUJUNG JARI SAJA !! - EXZOZ.COM
BANNER 728X90

Friday, 23 March 2018

KINI, SERVIS KERETA CUMA DI HUJUNG JARI SAJA !!



Kerosakan kereta adalah salah satu perkara yang pastinya tidak diingini oleh setiap pemilik kereta. Tak kiralah sama ada kerosakan tersebut melibatkan bahagian enjin ataupun lain-lain bahagian kereta. Kebiasaannya, kos untuk membaik pulih kereta paling kurang menelan belanja ratusan ringgit, bahkan boleh mencecah ke ribuan ringgit bergantung atas tahap kerosakan kereta tersebut. Masalah ini pastinya memeningkan kepala pemilik kereta, lagi-lagi kalau belum musim gaji.




Jadi, di sini penulis ingin menceritakan sejenis aplikasi yang mampu membantu pemilik-pemilik kereta dalam memilih bengkel kereta dengan harga yang berpatutan, iaitu CarBengkel. CarBengkel merupakan satu inisiatif dari Institut Automotif Malaysia (MAI) dalam menyediakan satu platform yang dapat membantu pemilik-pemilik kereta dalam memilih bengkel untuk kereta kesayangan, dan mewujudkan persaingan yang sihat bagi pemilik-pemilik bengkel kereta dari segi caj servis dan alat ganti, dan servis yang pantas dan mesra pelanggan.


Aplikasi CarBengkel ini membolehkan pemilik kereta baru dan terpakai untuk melihat,membuat perbandingan caj upah servis dan selenggara, sekaligus membuat tempahan khidmat servis kereta, dan melihat jadual untuk waktu servis dan  memberi peringatan untuk penyelenggaraan yang seterusnya bagi mengekalkan waranti dari pengeluar kereta tersebut.

Selain itu, CarBengkel juga menyediakan perkhidmatan pembaharuan insurans dan cukai jalan bagi pemilik kereta. Ini dapat menjimatkan masa pemilik-pemilik kereta tanpa perlu beratur mengikut giliran di kaunter JPJ atau pejabat pos lagi. CarBengkel juga menyediakan banyak lagi perkhidmatan yang bakal memudahkan kerja dan meringankan beban pemilik-pemilik kereta ini. Anda boleh melayari laman web rasmi mereka di carbengkel.com untuk maklumat yang lebih lanjut tentang aplikasi ini. Mudahkan kerja anda, jimatkan masa anda, dijamin lebih bahagia. Kah.


No comments:

Post a Comment