"LEGENDA YANG DILUPAKAN"...SIAPAKAH BELIAU? - EXZOZ.COM
BANNER 728X90

Wednesday, 21 March 2018

"LEGENDA YANG DILUPAKAN"...SIAPAKAH BELIAU?


Bagi peminat sukan perlumbaan Formula One (F1) di zaman 90-an, pasti ramai yang biasa mendengar nama berikut.58 tahun lepas pada hari ini, lahirnya seorang legenda dalam sejarah sukan lumba F1. Ayrton Senna, lahir pada 21 Mac 1960 di Brazil, dianggap salah seorang pelumba yang terbaik dalam sejarah sukan lumba F1.


Senna telah berjaya memenangi tiga gelaran kejohanan dunia Formula One bersama McLaren pada tahun 1988, 1990 dan 1991. Beliau dianggap salah seorang pemandu yang terhebat di zamannya dan digelar ‘Rain Master’ kerana kecekapan skilnya memandu dalam cuaca hujan dan dengan keadaan litar yang basah dan licin seperti yang ditunjukkan dalam perlumbaannya di Canadia GP 1989 dan yang paling diingati di Monaco GP 1984. 


Secara ringkas, beliau memulakan kareer lumbanya dengan sukan go-kart, dan membuat debut dalam sukan Formula One bersama pasukan Toleman-Hart pada 1984, sebelum menyertai pasukan Lotus-Renault pada tahun berikutnya dan berjaya memenangi enam Grand Prix dalam tiga musim. Setelah itu, Senna menyertai pasukan McLaren-Honda pada tahun 1988, dan bertanding bersama-sama rakan sepasukannya Alain Prost. Mereka berdua berjaya memenangi 15 gelaran Grand Prix pada tahun tersebut, dan memberikan Senna takhta Kejohanan Dunia pertamanya pada tahun tersebut. Pada tahun berikutnya, rakan sepasukannya Alain Prost berjaya merebut Kejohanan Dunia tersebut darinya namun dimenangi kembali oleh Sennna pada tahun 1990 dan 1991. 


Riwayat hidup pelumba Brazil ini tamat pada 1994 ketika beliau berusia cuma 34 tahun, di mana Senna terlibat dalam kemalangan maut pada perlumbaan terakhirnya di San Marino GP. Pada perlumbaan ini, beliau sedang bersaing hebat dengan seorang lagi pelumba masyhur dalam sukan F1, iaitu Michael Schumacher. Namun begitu, perlumbaan bagi dirinya berakhir ketika beliau sedang membelok di selekoh Tamburello dalam pusingan ke-7 dengan kelajuan 307 km/h, kereta yang dipandunya secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding konkrit di selekoh tersebut dengan kelajuan kira-kira 233 km/h. Laju tak laju, anda boleh cuba sendiri di Highway PLUS sana, tapi cukuplah dengan kelajuan 180 km/h saja. Setelah siasatan dilakukan, Senna dipercayai mati disebabkan kecederaan teruk di kepala disebabkan tayar depan sebelah kanan dan suspensi keretanya menghentak kepalanya dengan kuat sekali. Pelbagai kontroversi dan andaian yang timbul dalam mencari punca kereta lumbanya hilang kawalan, tapi sehingga sekarang masih tiada pihak yang melaporkan punca sebenar kejadian tersebut.


Akhir kata, penulis bukanlah nak agungkan kisah pelumba bangsa asing blablaba, tapi saja nak kongsi dengan anda semua pasal kisah beliau ni. Eleh, yang korang layan Panama Dance tu takpa plak. Kah.





No comments:

Post a Comment