GANAS!!! SUV PERTAMA PROTON!??
Tahun 2018 ialah tahun perlumbaan bagi kereta-kereta jenama tempatan, kini Proton dengan hasil kerjasama dengan syarikat Geely dari China yang dimana rata-rata peminat kereta tempatan sudah mengetahui bahawa syarikat tersebut telah mengambil alih 51% saham syarikat Proton dan menjadikannya pemegang saham terbesar didalam syarikat tersebut.
Geely Boyue
Geely bersama Proton kini telah dilihat sedang menguji sebuah SUV keluaran terbaru mereka dijalan raya dan dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun 2018. SUV terbaru ini sedang membuat ujian pelepasan termasuk penarafan dari Program Penilaian Kereta Baharu (NCAP) dan SIRIM.
SUV ini diimport terus dari china dan akan diubah suai dengan pemanduan sebelah kanan agar bersesuaian dengan pemanduan di Malaysia.
PRODUKSI PROTON TANJUNG MALIM
Proton turut memaklumkan bahawa kilang Proton di Tanjung Malim, Perak akan menyokong sepenuhnya produksi SUV tersebut. Untuk pengetahuan anda, SUV Boyue keluaran china direka oleh bekas pereka volvo, Peter Horbury.Untuk pasaran China, Boyue dijana dengan beberapa pilihan enjin termasuk 2.4liter NA berkuasa 162 hp/210 Nm dan juga versi 1.8 liter turbo berkuasa 163hp/250 Nm. Enjin ini turut didatangkan dengan transmisi 6 kelajuan manual dan automatik


No comments:
Post a Comment