RM100,000 DARI PROTON MENANTI ANDA! - EXZOZ.COM
BANNER 728X90

Wednesday, 4 April 2018

RM100,000 DARI PROTON MENANTI ANDA!

Hari ini, syarikat pembuat kereta nasional, Proton telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan satu pertandingan, di mana Proton menjemput orang awam khususnya rakyat Malaysia untuk sama-sama mengundi nama untuk SUV pertama keluaran Proton yang telah diumumkan sebelum ini.

Proton juga mengumumkan yang undian tersebut akan dijalankan secara atas talian (online poll), dan baucer hadiah yang berjumlah RM100,000 akan diagihkan kepada peserta undian sebagai tanda penghargaan. Manakala lima pemenang bagi undian tersebut pula akan dipilih berdasarkan sebab terbaik yang mereka berikan mengikut pilihan nama tersebut.

Pakej hadiah tersebut termasuklah pakej ekslusif jemputan VIP ke majlis pelancaran SUV tersebut, dan menjadi antara orang yang terawal dapat mencuba pandu uji dan merasai sendiri pengalaman memandu dengan teknologi terkini dan lain-lain lagi ciri menarik yang terdapat pada SUV tersebut, yang akan dibuat di trek pandu uji Proton di Shah Alam.

Undian secara atas talian ini akan berjalan selama sebulan di laman sosial rasmi Facebook Proton, dan ianya terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa sebarang syarat pembelian. Menarik kan? 

Selain dari itu, terdapat juga pilihan untuk mencadangkan nama alternatif bagi SUV tersebut. Sekiranya nama tersebut berjaya dipilih, pemenang bertuah akan dihadiahkan dengan pakej pelancongan 4H/3M ke Hangzhou dan Shanghai untuk lawatan ke ibu pejabat Geely, syarikat automotif China yang bersama-sama Proton dalam membangunkan SUV ini.

Undian ini akan tamat pada 30 April 2018 jam 11.59 malam, dan pemenang akan diumumkan pada waktu yang berdekatan dengan majlis pelancaran SUV ini. Jangan lupa sertai undian ini ya!

No comments:

Post a Comment